Ekosistem utama Holartik

Di dalam ekozon Holartik terdapat pelbagai ekosistem. Jenis ekosistem yang terdapat di sesebuah kawasan berlandaskan latitud dan geografi setempatnya. Jauh di utara sekali, sejalur tundra artik melingkari pantai Lautan Artik. Tanah di bawah daratan ini adalah permafros yang beku sepanjang tahun. Dalam keadaan yang sukar untuk pertumbuhan ini, hanya sedikit jenis tumbuhan yang mampu hidup. Di selatan tundra adalah hutan boreal yang membentangi Amerika Utara dan Eurasia. Tanah ini bercirikan pokok-pokok konifer. Di selatan dari sini, ekosistemnya menjadi pelbagai. Sesetengah kawasan diliputi padang rumput beriklim sederhana, sedangkan yang lain diliputi hutan beriklim sederhana yang dikuasai oleh pokok-pokok daun luruh. Yang paling selatan di dalam Holartik biasanya mencapai gurun yang dikuasai oleh tumbuh-tumbuhan dan haiwan-haiwan yang biasa dengan persekitaran serba kontang.[1]